TEKS BAHASA ARAB
أرشدوا أخاكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah ﷺ mendengar seorang lelaki membaca al-Quran namun terdapat padanya lahan (kesalahan), maka Rasulullah ﷺ bersabda: Bimbinglah saudara kamu ini.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 173, hadis nombor 869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال: سمع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- رجلا قرأ فلحن، فقال رسول الله: أرشدوا أخاكم.
[ك، (الضعيفة)) (914)]
(Lemah)
Daripada Abu Darda’ – Raḍiyallāhu ‘anhu – berkata: Rasulullah ﷺ mendengar seorang lelaki membaca al-Quran namun terdapat padanya lahan (kesalahan), maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Bimbinglah saudara kamu ini.”
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 914]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.