Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bimbanglah engkau wahai Ali akan doa orang yang dizalimi

Teks Bahasa Arab

اتَّقِ يا عليُّ دعوةَ المظلومِ، فإنَّما يَسألُ اللهَ حقَّهُ، وإنَّ اللهَ لَن يمنعَ ذا حقٍّ حقَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Bimbanglah engkau wahai ‘Alī akan doa orang yang dizalimi, kerana dia hanya meminta kepada Allah akan haknya, dan sesungguhnya Allah tidak akan menghalang pemilik hak daripada haknya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1978, hadis no. 9896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اتق يا علي دعوة المظلوم، فإنما يسأل الله حقه، وإن الله لن يمنع ذا حق حقه)). [خط، ((الضعيفة)) (1697)]

(Lemah) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bimbanglah engkau wahai ‘Alī akan doa orang yang dizalimi, kerana dia hanya meminta kepada Allah akan haknya, dan sesungguhnya Allah tidak akan menghalang pemilik hak daripada haknya. [Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1697]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.