Bilangan tingkatan syurga adalah sama seperti bilangan ayat al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

عدد درج الجنة ، عدد آي القرآن ، فمن دخل الجنة من أهل القرآن ؛ فليس فوقه درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bilangan tingkatan syurga adalah sama seperti bilangan ayat al-Quran, sesiapa yang memasuki syurga dari ahli al-Quran, tiada tingkatan yang lebih atas dari mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 667, hadis nombor 3441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ‌((عدد درج الجنة، عدد آي القرآن، فمن دخل الجنة من أهل القرآن؛ فليس فوقه درجة)).[فر، هب، ((الضعيفة)) (3858)]

(Munkar) Daripada Aisyah RA secara marfu’: Bilangan tingkatan syurga adalah sama seperti bilangan ayat al-Quran, sesiapa yang memasuki syurga dari ahli al-Quran, tiada tingkatan yang lebih atas dari mereka. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3858]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs