Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عددُ دَرَجِ الجنَّةِ ، عددُ آي القرآنِ ، فمَن دخل الجنَّةَ من أهلِ القرآنَ ؛ فليسَ فوقَه درجةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Bilangan tingkatan syurga adalah sama seperti bilangan ayat al-Quran, sesiapa yang memasuki syurga dari ahli al-Quran, tiada tingkatan yang lebih atas dari mereka.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 667, hadis no. 3441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Aisyah RA secara marfu’: Bilangan tingkatan syurga adalah sama seperti bilangan ayat al-Quran, sesiapa yang memasuki syurga dari ahli al-Quran, tiada tingkatan yang lebih atas dari mereka. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3858]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman