Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عددُ دَرَجِ الجنَّةِ، عددُ آي القرآنِ، فمَن دخل الجنَّةَ من أهلِ القرآنَ؛ فليسَ فوقَه درجةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Bilangan tingkat syurga adalah sebanyak bilangan ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan ahli al-Quran yang masuk syurga, maka tidak ada tingkat lain di atasnya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis no. 7499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((عدد درج الجنة، عدد آي القرآن، فمن دخل الجنة من أهل القرآن؛ فليس فوقه درجة)). [فر،((الضعيفة)) (3858)]
(Munkar) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bilangan tingkat syurga adalah sebanyak bilangan ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan ahli al-Quran yang masuk syurga, maka tidak ada tingkat lain di atasnya. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3858]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman