Bilangan Arab yang ramai dan keimanan mereka merupakan penyejuk mata untukku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كثرة العرب و إيمانهم قرة عين لي، فمن أقر بعيني أقررت بعينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bilangan Arab yang ramai dan keimanan mereka merupakan penyejuk mata untukku. Sesiapa yang menyejukkan mataku, aku akan menyejukkan matanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1788, hadis nombor 9003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعاً: «كثرة العرب وإيمانهم قرة عين لي، فمن أقر بعيني أقررت بعينه). [عد، الضعيفة؛ (735)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: “Bilangan Arab yang ramai dan keimanan mereka merupakan penyejuk mata untukku. Sesiapa yang menyejukkan mataku, aku akan menyejukkan matanya.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 735]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.