Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَثرةُ العربِ و إيمانُهم قرَّةُ عينٍ لي، فمَن أقرَّ بعيني أقررتُ بعينِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Bilangan Arab yang ramai dan keimanan mereka merupakan penyejuk mata untukku. Sesiapa yang menyejukkan mataku, aku akan menyejukkan matanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1788, hadis no. 9003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها - مرفوعاً: «كثرة العرب وإيمانهم قرة عين لي، فمن أقر بعيني أقررت بعينه). [عد، الضعيفة؛ (735)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: “Bilangan Arab yang ramai dan keimanan mereka merupakan penyejuk mata untukku. Sesiapa yang menyejukkan mataku, aku akan menyejukkan matanya." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 735]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman