TEKS BAHASA ARAB
حديث: "أذن بلال لرسول الله صلى الله عليه وآله وسلم مثنى مثنى، وأقام مثل ذلك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Bilal telah azan untuk Rasulullah SAW dengan melaungkan lafaz azan dua kali dua kali dan iqamat juga sepertinya (dua-dua)”.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 18, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حبان: باطل، وزياد بن عبد الله البكائي فاحش الخطإ، وقال السيوطي: هو ثقة. روى له الشيخان لكن؛ عد هذا الحديث من مناكيره.
وقد أخرجه الطبراني في الأوسط من طريق غيره.
Ibn Hibban berkata: Hadith ini batil, perawi hadith ini iaitu Ziyad bin Abdillah al-Baka’ie melakukan kesilapan yang besar. al-Suyuthi berkata: Ziyad adalah thiqah, al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith daripadanya tetapi hadith ini termasuk dalam hadith munkar riwayatnya. al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Awsat melalui jalan lain.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.