Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "أذن بلال لرسول الله صلى الله عليه وآله وسلم مثنى مثنى، وأقام مثل ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: “Bilal telah azan untuk Rasulullah SAW dengan melaungkan lafaz azan dua kali dua kali dan iqamat juga sepertinya (dua-dua)”.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 18, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حبان: باطل، وزياد بن عبد الله البكائي فاحش الخطإ، وقال السيوطي: هو ثقة. روى له الشيخان لكن؛ عد هذا الحديث من مناكيره. وقد أخرجه الطبراني في الأوسط من طريق غيره.
Ibn Hibban berkata: Hadith ini batil, perawi hadith ini iaitu Ziyad bin Abdillah al-Baka’ie melakukan kesilapan yang besar. al-Suyuthi berkata: Ziyad adalah thiqah, al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith daripadanya tetapi hadith ini termasuk dalam hadith munkar riwayatnya. al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Awsat melalui jalan lain.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman