Bilal menukarkan huruf shin menjadi huruf sin

TEKS BAHASA ARAB

إن بلالا يبدل الشين سينا في الأذان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Bilal menukarkan huruf Shin menjadi huruf Sin di dalam azan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 23, hadis nombor 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال المزي: لم أره. وسين بلال عند الله شين.
قال ابن كثير: لا أصل له. وإن قال الموفق ابن قدامة: روي أن بلالا كان يقول: أسهد. فيجعل الشين سينا. فقد ردوه.

Al-Mizzi berkata: "Saya belum pernah melihatnya. Dan juga huruf Sin Bilal, di sisi Allah adalah huruf Shin".
Ibn Kathir berkata: "Tidak ada asalnya, sekalipun al-Muwaffaq Ibn Qudamah berkata: "Diriwayatkan bahawa Bilal dahulu menyebutkan: as’hadu , beliau menjadikan huruf Shin sebagai Sin, kerana mereka telah menolaknya".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs