Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن بلالا يبدل الشين سينا في الأذان.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Bilal menukarkan huruf Shin menjadi huruf Sin di dalam azan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 23, hadis no. 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال المزي: لم أره. وسين بلال عند الله شين. قال ابن كثير: لا أصل له. وإن قال الموفق ابن قدامة: روي أن بلالا كان يقول: أسهد. فيجعل الشين سينا. فقد ردوه.
Al-Mizzi berkata: "Saya belum pernah melihatnya. Dan juga huruf Sin Bilal, di sisi Allah adalah huruf Shin". Ibn Kathir berkata: "Tidak ada asalnya, sekalipun al-Muwaffaq Ibn Qudamah berkata: "Diriwayatkan bahawa Bilal dahulu menyebutkan: as'hadu , beliau menjadikan huruf Shin sebagai Sin, kerana mereka telah menolaknya".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman