Bilal akan datang pada hari kiamat menunggang sebuah kenderaan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يجيء بلال يوم القيامة على راحلة رحلها ذهب وزمامها در وياقوت، يتبعه المؤذنون حتى يدخلهم الجنة، حتى إنه ليدخل من أذن أربعين يوما يطلب بذلك وجه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bilal akan datang pada hari kiamat menunggang sebuah kenderaan, pelananya ialah emas dan tali kekangnya ialah intan permata. Beliau diikuti oleh para tukang azan sehingga mereka dimasukkan ke dalam syurga. Sehinggakan sesiapa yang melaungkan azan selama empat puluh hari demi mencari wajah Allah (ikhlas) juga turut masuk syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 356, hadis nombor 1894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «يجيء بلال يوم القيامة على راحلة رحلها ذهب وزمامها در وياقوت، يتبعه المؤذنون حتى يدخلهم الجنة، حتى إنه ليدخل من أذن أربعين يوما يطلب بذلك وجه الله». [ابن الجوزي، «الضعيفة» (775)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Bilal akan datang pada hari kiamat menunggang sebuah kenderaan, pelananya ialah emas dan tali kekangnya ialah intan permata. Beliau diikuti oleh para tukang azan sehingga mereka dimasukkan ke dalam syurga. Sehinggakan sesiapa yang melaungkan azan selama empat puluh hari demi mencari wajah Allah (ikhlas) juga turut masuk syurga". [Diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 775].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.