Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَجِيءُ بلالٌ يومَ القيامةِ على راحِلَةٍ رَحْلُها ذهبٌ وزِمَامُها دُرٌّ وياقوتٌ، يَتْبَعُهُ الْمُؤَذِّنُونَ حتى يُدْخِلَهُمُ الجنةَ، حتى إنه لَيُدْخِلُ مَن أَذَّنَ أَرْبَعِينَ يومًا يَطْلُبُ بذلك وَجْهَ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Bilal akan datang pada hari kiamat menunggang sebuah kenderaan, pelananya ialah emas dan tali kekangnya ialah intan permata. Beliau diikuti oleh para tukang azan sehingga mereka dimasukkan ke dalam syurga. Sehinggakan sesiapa yang melaungkan azan selama empat puluh hari demi mencari wajah Allah (ikhlas) juga turut masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 356, hadis no. 1894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: «يجيء بلال يوم القيامة على راحلة رحلها ذهب وزمامها در وياقوت، يتبعه المؤذنون حتى يدخلهم الجنة، حتى إنه ليدخل من أذن أربعين يوما يطلب بذلك وجه الله». [ابن الجوزي، «الضعيفة» (775)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Bilal akan datang pada hari kiamat menunggang sebuah kenderaan, pelananya ialah emas dan tali kekangnya ialah intan permata. Beliau diikuti oleh para tukang azan sehingga mereka dimasukkan ke dalam syurga. Sehinggakan sesiapa yang melaungkan azan selama empat puluh hari demi mencari wajah Allah (ikhlas) juga turut masuk syurga". [Diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 775].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman