Bilal akan datang pada hari kiamat di atas kenderaan yang ditungganginya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "يجيء بلال يوم القيامة على راحلة رحلها ذهب وزمامها در وياقوت يتبعه المؤذنون حتى يدخلهم الجنة حتى إنه ليدخل من أذن أربعين يوما يطلب بذلك وجه الله".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bilal akan datang pada hari kiamat di atas kenderaan yang ditungganginya. Tempat duduknya daripada emas, talinya daripada permata berlian, diikuti oleh muazzin-muazzin sehingga Dia memasukkannya ke dalam syurga sehingga akan masuk sesiapa yang azan empat puluh hari, semata-mata kerana Allah SWT.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 17, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الدارقطني عن ابن عمر مرفوعا وقال تفرد به خالد بن إسماعيل وقال ابن عدي كان يضع على الثقات.

Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Ibn Umar secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). al-Daraqutni berkata: Khalid bin Ismail bersendirian meriwayatkannya. Ibn ‘Adi berkata: Khalid adalah seorang yang sering berdusta diatas nama perawi yang thiqqah (dipercayai).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs