Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "يجيء بلال يوم القيامة على راحلة رحلها ذهب وزمامها در وياقوت يتبعه المؤذنون حتى يدخلهم الجنة حتى إنه ليدخل من أذن أربعين يوما يطلب بذلك وجه الله".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Bilal akan datang pada hari kiamat di atas kenderaan yang ditungganginya. Tempat duduknya daripada emas, talinya daripada permata berlian, diikuti oleh muazzin-muazzin sehingga Dia memasukkannya ke dalam syurga sehingga akan masuk sesiapa yang azan empat puluh hari, semata-mata kerana Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 17, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن ابن عمر مرفوعا وقال تفرد به خالد بن إسماعيل وقال ابن عدي كان يضع على الثقات.
Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Ibn Umar secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). al-Daraqutni berkata: Khalid bin Ismail bersendirian meriwayatkannya. Ibn ‘Adi berkata: Khalid adalah seorang yang sering berdusta diatas nama perawi yang thiqqah (dipercayai).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman