TEKS BAHASA ARAB
كان إذا اشتكى اقتمح كفاً من شونيز، وشرب عليه ماء وعسلاً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bila mana Rasulullah SAW sakit, Baginda akan menghancurkan segenggam Shuniz (sejenis tumbuhan), lalu Baginda meminumnya bersama campuran air dan madu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis nombor 8781. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: كان إذا اشتكى اقتمح كفاً من شونيز، وشرب عليه ماء وعسلاً. [خط، ((الضعيفة)) (4171)]
(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW sakit, Baginda akan menghancurkan segenggam Shuniz (sejenis tumbuhan), lalu Baginda meminumnya bersama campuran air dan madu.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4171].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.