Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bila mana Rasulullah SAW sakit, Baginda akan menghancurkan segenggam Shuniz (sejenis tumbuhan)

Teks Bahasa Arab

كان إذا اشْتَكَى اقْتَمَح كَفًّا من شُونِيزٍ، وشَرِبَ عليه ماءً وعَسَلًا.

Teks Bahasa Melayu

Bila mana Rasulullah SAW sakit, Baginda akan menghancurkan segenggam Shuniz (sejenis tumbuhan), lalu Baginda meminumnya bersama campuran air dan madu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis no. 8781. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: كان إذا اشتكى اقتمح كفاً من شونيز، وشرب عليه ماء وعسلاً. [خط، ((الضعيفة)) (4171)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW sakit, Baginda akan menghancurkan segenggam Shuniz (sejenis tumbuhan), lalu Baginda meminumnya bersama campuran air dan madu. [Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4171].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.