Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bila mana Rasulullah SAW mengiringi jenazah, Baginda banyak berdiam atau bercakap sendirian

Teks Bahasa Arab

كان إذا اتَّبع الجنازةَ أكثرَ الصُّماتِ، وأكثرَ حديثَ نفسِه، وكانوا يرون أنه إنما يحدِّث نفسَه بأمرِ الميتِ، وما يردُ عليهِ، وما هو مسؤولٌ عنهُ.

Teks Bahasa Melayu

Bila mana Rasulullah SAW mengiringi jenazah, Baginda banyak berdiam atau bercakap sendirian (bermonolog). Dan mereka (para sahabat) memerhatikan bahawa bila mana Rasulullah SAW bercakap bersendirian itu, baginda bercakap mengenai urusan orang yang telah mati itu dan apa yang akan datang kepadanya dan apakah yang akan ditanya tentangnya.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Abi Rawwad

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis no. 8780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن أبي رواد، قال: ((كان إذا اتبع الجنازة أكثر الصمات، وأكثر حديث نفسه، وكانوا يرون أنه إنما يحدث نفسه بأمر الميت، وما يرد عليه، وما هو مسؤول عنه.)) [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (4205)]

(Lemah) Daripada Ibn Abi Rawwad, beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW mengiringi jenazah, Baginda banyak berdiam atau bercakap sendirian (bermonolog). Dan mereka (para sahabat) memerhatikan bahawa bila mana Rasulullah SAW bercakap bersendirian itu, baginda bercakap mengenai urusan orang yang telah mati itu dan apa yang akan datang kepadanya dan apakah yang akan ditanya tentangnya. [Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4205].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.