Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَمِعَ النِّدَاءَ قَالَ: اللَّهُمَّ! رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقّائِمَةِ، صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، وَاجْعَلْنَا فِي شَفَاعَتِهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. قَالَ رَسُولُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَّ -: مَنْ قَالَ هَذَا عِنْدَ النِّداءِ؛ جَعَلَهُ اللهُ فِي شَفَاعَتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Wahai Tuhan yang mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad SAW, hamba-Mu dan Rasul-Mu, dan jadikanlah kami di dalam syafaatnya pada hari kiamat. Rasulullah SAW berkata: Barang siapa yang berdoa sedemikan setelah mendengar panggilan azan, maka Allah akan menjadikannya di dalam golongan yang mendapat syafaatku pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1501, hadis no. 7655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال: ((كان صلى الله عليه وسلم إذا سمع النداء قال: اللهم! رب هذه الدعوة التامة، والصلاة القائمة، صل على محمد عبدك ورسولك، واجعلنا في شفاعته يوم القيامة. قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: من قال هذا عند النداء؛ جعله الله في شفاعتي يوم القيامة)). [(طس، وفي ((الدعاء))، (الضعيفة)) (5171)].
(Lemah) Daripada Abi Darda’ RA, beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW mendengar panggilan azan, Baginda berkata: “Ya Allah! Wahai Tuhan yang mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad SAW, hamba-Mu dan Rasul-Mu, dan jadikanlah kami di dalam syafaatnya pada hari kiamat.” Rasulullah SAW berkata: “Barang siapa yang berdoa sedemikan setelah mendengar panggilan azan, maka Allah akan menjadikannya di dalam golongan yang mendapat syafaatku pada hari kiamat.” [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Awsat, disebutkan juga di dalam al-Du'a. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.5181].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman