Bila mana Rasulullah SAW duduk di antara sahabatnya, baginda berkata: Semoga Allah berselawat ke atas (ahli) kubur ini (sebanyak tiga kali)

TEKS BAHASA ARAB

عن عبد الله بن مالك قال: بينما رسول الله صلى الله عليه وسلم جالس بين ظهراني أصحابه إذ قال: ((صلى الله على [أهل] تلك المقبرة (ثلاث مرات))). قال: فلم ندر أي مقبرة، ولم يسم لهم شيئاً. قال: فدخل بعض أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم على بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم – قال عطاف: فحدثت أنها عائشة – فقال لها: "إن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر أهل مقبرة، فصلى عليهم، ولم يخبرنا أي مقبرة هي"، فدخل رسول الله صلى الله عليه وسلم عليها، فسألته عنها. فقال لها: ((أهل مقبرة بعسقلان)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abdullah Bin Malik, beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW duduk di antara sahabatnya, baginda berkata: Semoga Allah berselawat ke atas (ahli) kubur ini (sebanyak tiga kali). Lalu dia (Abdullah bin Malik) berkata: "Kami tidak tahu kubur yang mana dan baginda tidak menamakan mereka dengan seuatu apa pun." Dia berkata lagi: "Sebahagian sahabat Rasulullah SAW datang kepada sebahagian isteri-isteri Nabi SAW -dan ‘Attaf berkata: Sesungguhnya aku diberitahu bahawa dia (isteri Rasulullah itu) adalah Aisyah-, lalu dia berkata kepadanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW menyebut tentang ahli kubur dan berselawat ke atas mereka tetapi Baginda tidak memberitahu kami perkuburan siapakah itu." Kemudian Rasulullah SAW datang kepadanya (A’isyah) dan dia bertanya kepada Rasulullah mengenai kubur itu. Baginda berkata kepadanya: “Ia adalah ahli kubur di Asqalan.”

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1767, hadis nombor 8893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عبد الله بن مالك قال: بينما رسول الله صلى الله عليه وسلم جالس بين ظهراني أصحابه إذ قال: "((صلى الله على [أهل] تلك المقبرة (ثلاث مرات))). قال: فلم ندر أي مقبرة، ولم يسم لهم شيئاً. قال: فدخل بعض أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم على بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم – قال عطاف: فحدثت أنها عائشة – فقال لها: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر أهل مقبرة، فصلى عليهم، ولم يخبرنا أي مقبرة هي، فدخل رسول الله صلى الله عليه وسلم عليها، فسألته عنها؟ فقال لها: " أهل مقبرة بعسقلان "

(Batil)
Daripada Abdullah Bin Malik, beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW duduk di antara sahabatnya, baginda berkata: Semoga Allah berselawat ke atas (ahli) kubur ini (sebanyak tiga kali). Lalu dia (Abdullah bin Malik) berkata: "Kami tidak tahu kubur yang mana dan baginda tidak menamakan mereka dengan seuatu apa pun." Dia berkata lagi: "Sebahagian sahabat Rasulullah SAW datang kepada sebahagian isteri-isteri Nabi SAW -dan ‘Attaf berkata: Sesungguhnya aku diberitahu bahawa dia (isteri Rasulullah itu) adalah Aisyah-, lalu dia berkata kepadanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW menyebut tentang ahli kubur dan berselawat ke atas mereka tetapi Baginda tidak memberitahu kami perkuburan siapakah itu." Kemudian Rasulullah SAW datang kepadanya (A’isyah) dan dia bertanya kepada Rasulullah mengenai kubur itu. Baginda berkata kepadanya: “Ia adalah ahli kubur di Asqalan.”
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6802].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs