Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Bila mana Rasulullah SAW didatangi jenazah orang yang telah menyertai peperangan Badar dan bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan)

Teks Bahasa Arab

كان إذا أُتِيَ بالمرءِ قد شهد بدرًا والشجرةَ ، كبَّر عليه تسعًا ، فإذا أُتِيَ به قد شهد بدرًا ولم يشهدِ الشجرةَ ، أو شهد الشجرةَ ولم يشهد بدرًا ، كبَّر عليه سبعًا ، وإذا أُتِيَ بالمرءِ لم يشهد بدرًا ولا الشجرةَ كبَّر عليه أربعًا.

Teks Bahasa Melayu

Daripada Jabir Bin Abdullah RA beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW didatangi jenazah orang yang telah menyertai peperangan Badar dan bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan), Nabi akan bertakbir (dalam solat jenazah) sebanyak sembilan kali. Jika didatangi jenazah orang yang menyertai perang Badar tetapi tidak menyertai bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan) atau bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan) tetapi tidak menyertai perang Badar, Nabi akan bertakbir (dalam solat jenazah) kepadanya sebanyak tujuh kali. Dan jika Baginda didatangi seseorang yang tidak menyertai peperangan Badar dan bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan), Nabi SAW akan bertakbir kepadanya sebanyak empat kali takbir.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1766, hadis no. 8891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنه- مرفوعاً: كان إذا أُتى بالمرء قد شهد بدراً والشجرة، كبر عليه تسعاً، فإذا أُتى به قد شهد بدراً ولم يشهد الشجرة، أو شهد الشجرة ولم يشهد بدراً، كبر عليه سبعاً، وإذا أُتى به لم يشهد بدراً ولا الشجرة، كبر عليه أربعاً. [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6633)].

(Munkar) Daripada Jabir Bin Abdullah RA beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW didatangi jenazah orang yang telah menyertai peperangan Badar dan bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan), Nabi akan bertakbir (dalam solat jenazah) sebanyak sembilan kali. Jika didatangi jenazah orang yang menyertai perang Badar tetapi tidak menyertai bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan) atau bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan) tetapi tidak menyertai perang Badar, Nabi akan bertakbir (dalam solat jenazah) kepadanya sebanyak tujuh kali. Dan jika Baginda didatangi seseorang yang tidak menyertai peperangan Badar dan bai’ah di bawah pokok (al-Ridhwan), Nabi SAW akan bertakbir kepadanya sebanyak empat kali takbir. [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6633].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.