Bila mana Rasulullah SAW datang daripada peperangan

TEKS BAHASA ARAB

يا علي بن أبي طالب! يا فاطمة! {جاء نصر الله والفتح(1) ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا(2) فسبح بحمد ربك واستغفره، إنه كان توابا}، على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد. قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون آمنا؟ قال: ((على الإحداث في الدين، إذا ما عملوا بالرأي، ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب: أمره ونهيه.)) قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن عرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: ((تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين، ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا؛ لم يكن أحق به منك؛ لقدمك في الإسلام، وقرابتك من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وصهرك، وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان من بلاء أبي طالب إياي، ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali Bin Abi Talib! Wahai Fatimah! (Lalu baginda membacakan ayat): {(1)Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan (2) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. (3) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia maha penerima taubat.} [al-Nasr: 1-3], selepasku akan ada peperangan melawan orang Mukmin. Ali berkata: “Atas sebab apakah kami memerangi orang-orang mukmin yang berkata: Kami telah beriman?” Rasulullah berkata: ((Untuk perkara-perkara yang baru yang direka dalam agama, dan sekiranya apa yang mereka amalkan itu menurut logik/pendapat mereka, sedangkan tidak ada pendapat dalam agama (amalan tidak dibina berdasarkan buah fikiran), kerana sesungguhnya agama itu dari Tuhan: baik suruhan mahupun larangan.)) Ali berkata: “Wahai Rasulullah! Apa pandanganmu sekiranya muncul kepada kami sesuatu perkara yang tidak diturunkannya dalam al-Quran dan tidak ada juga dalam sunnah daripadamu?” Baginda berkata: ((Baginda berkata: ((Kamu jadikanlah ia sebagai syura antara orang-orang yang beriman dan jangan memberi keputusan dengan pendapat orang tertentu, dan sekiranya aku hendak melantik seseorang menjadi pengganti, tidak ada yang lebih berhak daripada kamu kerana kau lebih terdahulu memasuki Islam dan hubunganmu dengan Rasulullah SAW lebih dekat serta, juga kerana saudara isterimu, dan di sisimu ketua seluruh wanita orang-orang yang beriman. Dan sebelum itu jasa Abu Talib kepadaku, dan apabila turunnya al-Quran, aku bersungguh-sungguh untuk memelihara anaknya untuknya.

STATUS

Mawdu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1585-1586, hadis nombor 8015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع آثار الوضع عليه لائحة) عن عكرمة عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: لما أقبل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من غزوة خيبر، نزل عليه: (({إذا جاء نصر الله والفتح} إلى آخر القصة قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((يا علي بن أبي طالب! يا فاطمة! {جاء نصر الله والفتح(1) ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا(2) فسبح بحمد ربك واستغفره، إنه كان توابا}، على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد. قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون آمنا؟ قال: ((على الإحداث في الدين، إذا ما عملوا بالرأي، ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب: أمره ونهيه.)) قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن عرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: ((تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين، ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا؛ لم يكن أحق به منك؛ لقدمك في الإسلام، وقرابتك من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وصهرك، وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان من بلاء أبي طالب إياي، ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده)). [طب، الضياء، ((الضعيفة)) (6814)].

(Mawdu’ tanda mawdhu’nya padanya ketara)
Daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW datang daripada peperangan Khaibar, diturunkan padanya firman Allah SWT: {Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan [al-Nasr: 1]} sehingga akhir kisah. Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai Ali Bin Abi Talib! Wahai Fatimah! (Lalu baginda membacakan ayat): {(1)Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan (2) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. (3) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia maha penerima taubat.} [al-Nasr: 1-3], selepasku akan ada peperangan melawan orang Mukmin. Ali berkata: “Atas sebab apakah kami memerangi orang-orang mukmin yang berkata: Kami telah beriman?” Rasulullah berkata: ((Untuk perkara-perkara yang baru yang direka dalam agama, dan sekiranya apa yang mereka amalkan itu menurut logik/pendapat mereka, sedangkan tidak ada pendapat dalam agama (amalan tidak dibina berdasarkan buah fikiran), kerana sesungguhnya agama itu dari Tuhan: baik suruhan mahupun larangan.)) Ali berkata: “Wahai Rasulullah! Apa pandanganmu sekiranya muncul kepada kami sesuatu perkara yang tidak diturunkannya dalam al-Quran dan tidak ada juga dalam sunnah daripadamu?” Baginda berkata: ((Baginda berkata: ((Kamu jadikanlah ia sebagai syura antara orang-orang yang beriman dan jangan memberi keputusan dengan pendapat orang tertentu, dan sekiranya aku hendak melantik seseorang menjadi pengganti, tidak ada yang lebih berhak daripada kamu kerana kau lebih terdahulu memasuki Islam dan hubunganmu dengan Rasulullah SAW lebih dekat serta, juga kerana saudara isterimu, dan di sisimu ketua seluruh wanita orang-orang yang beriman. Dan sebelum itu jasa Abu Talib kepadaku, dan apabila turunnya al-Quran, aku bersungguh-sungguh untuk memelihara anaknya untuknya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6814].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.