Bila mana Rasulullah SAW berjalan di perkuburan, Baginda akan berkata: Assalamualaikum wahai ahli penduduk

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا مر بالمقابر قال: سلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمؤمنات، والمسلمين والمسلمات، والصالحين والصالحات، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bila mana Rasulullah SAW berjalan di perkuburan, Baginda akan berkata: Assalamualaikum wahai ahli penduduk daripada kalangan yang beriman lelaki dan perempuan, orang-orang Islam lelaki perempuan dan orang-orang yang soleh lelaki perempuan, sesungguhnya dengan kehendak Allah kami akan mengikuti kamu kelak.

STATUS

Palsu dengan ayat ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1744, hadis nombor 8783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا السياق) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: ((كان إذا مر بالمقابر قال: سلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمؤمنات، والمسلمين والمسلمات، والصالحين والصالحات، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون.)) [ابن السني، ((الضعيفة)) (4212)]

(Palsu dengan ayat ini)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW berjalan di perkuburan, Baginda akan berkata: ((Assalamualaikum wahai ahli penduduk daripada kalangan yang beriman lelaki dan perempuan, orang-orang Islam lelaki perempuan dan orang-orang yang soleh lelaki perempuan, sesungguhnya dengan kehendak Allah kami akan mengikuti kamu kelak.))
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4212].

Komentar Dr. Rozaimi: Hadis ini sahih tanpa lafaz soleh lelaki dan perempuan.

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs