TEKS BAHASA ARAB
كان إذا دخل الجبانة قال: السلام عليكم أيتها الأرواح الفانية، والأجداث البالية، والعظام النخرة، التي خرجت من الدنيا وهي بالله مؤمنة، اللهم! أدخل عليهم روحاً منك، وسلاماً منا
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bila mana Nabi SAW memasuki perkuburan, Baginda berkata: Assalamualaikum wahai roh-roh yang telah binasa (mati), kubur-kubur yang usang, dan tulang-temulang yang reput yang telah keluar dari dunia, kepada Allah ia beriman! Ya Allah, masukkanlah kepada mereka ketenangan dari-Mu dan sampaikanlah kepada mereka salam daripada kami.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1744, hadis nombor 8782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: ((كان إذا دخل الجبانة قال: السلام عليكم أيتها الأرواح الفانية، والأجداث البالية، والعظام النخرة، التي خرجت من الدنيا وهي بالله مؤمنة، اللهم! أدخل عليهم روحاً منك، وسلاماً منا.)) [فر، ابن السني، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (4186)]
(Lemah)
Daripada Abdullah ibn Mas’ud RA beliau berkata: Bila mana Nabi SAW memasuki perkuburan, Baginda berkata: ((Assalamualaikum wahai roh-roh yang telah binasa (mati), kubur-kubur yang usang, dan tulang-temulang yang reput yang telah keluar dari dunia, kepada Allah ia beriman! Ya Allah, masukkanlah kepada mereka ketenangan dari-Mu dan sampaikanlah kepada mereka salam daripada kami.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn al-Sunni dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4186].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.