Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحورُ العينُ خُلِقنَ منَ الزَّعفرانِ.
Teks Bahasa Melayu
Bidadari yang putih melepak itu dicipta daripada koma-koma (safron).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 401, hadis no. 2147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعاً: «الحور العين خلقن من الزعفران». [ابن الأعرابي، أبو نعيم في «صفة الجنة»، خط، «الضعيفة» (3539)].
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Bidadari yang putih melepak itu dicipta daripada koma-koma (safron)". [Riwayat Ibn al-A’rabi dalam al-Mu’jam, Abu Nu’aym dalam Sifah al-Jannah dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3539].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman