Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بَيْنَا أَنَا جَالِسٌ إِذْ جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَحَمَلَنِي، فَأَدْخَلَنِي جَنَّةَ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ، فَبَيْنَما أَنَا جَالِسٌ إِذْ جُعِلَتْ فِي يَدِي تُفَّاحَةٌ، فَانْفَلَقَتِ التُّفَّاحَةُ بنصْفَيْنِ، فَخَرَجَتْ مِنْهَا جَارِيَةٌ لَمْ أَرَ جَارِيَةً أَحْسَنَ مِنْهَا حُسْنًا، وَلا أَجْمَلَ مِنْهَا جَمَالاً، تُسَبِّحُ تَسْبِيحًا لَمْ يَسْمَعِ الأَوَّلُونَ وَالآخِرُونَ بِمِثْلِهِ. فَقُلْتُ: مَنْ أَنْتِ يَا جَارِيَةُ؟ قَالَتْ: أَنَا مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، خَلَقَنِي اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ نُورِ عَرْشِهِ، فَقُلْتُ: لِمَنْ أَنْتِ؟ قَالَتْ: لِلْخَلِيفَةِ الْمَظْلُومِ عُثْمَانَ بن عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika aku sedang duduk, telah datang kepadaku Jibril AS lalu dia membawaku dan dia memasukkan aku ke dalam syurga Tuhanku. Maka ketika aku sedang duduk, diletakkan di tanganku epal lalu epal tersebut terbelah dua, keluar daripadanya hamba wanita dan aku tidak pernah melihat hamba wanita lebih indah berbanding keindahannya dan yang lebih cantik berbanding kecantikannya, dia bertasbih yang tidak pernah didengar oleh orang yang awal dan akhir seumpamanya. Aku bertanya: Siapakah hamba wanita ini? Jawabnya: Aku ialah bidadari syurga, Allah telah menciptakan aku daripada cahaya arasy-Nya. Aku bertanya: Untuk siapa kamu?. Jawabnya: Untuk khalifah yang dizalimi iaitu 'Uthman bin 'Affan RA.
Sahabat Perawi
- Aus Bin Aus al-Thaqafi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1528, hadis no. 7768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أوس بن أوس الثقفي - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((بَيْنَا أَنَا جَالِسٌ إِذْ جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَحَمَلَنِي، فَأَدْخَلَنِي جَنَّةَ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ، فَبَيْنَما أَنَا جَالِسٌ إِذْ جُعِلَتْ فِي يَدِي تُفَّاحَةٌ، فَانْفَلَقَتِ التُّفَّاحَةُ بنصْفَيْنِ، فَخَرَجَتْ مِنْهَا جَارِيَةٌ لَمْ أَرَ جَارِيَةً أَحْسَنَ مِنْهَا حُسْنًا، وَلا أَجْمَلَ مِنْهَا جَمَالاً، تُسَبِّحُ تَسْبِيحًا لَمْ يَسْمَعِ الأَوَّلُونَ وَالآخِرُونَ بِمِثْلِهِ. فَقُلْتُ: مَنْ أَنْتِ يَا جَارِيَةُ؟ قَالَتْ: أَنَا مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، خَلَقَنِي اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ نُورِ عَرْشِهِ، فَقُلْتُ: لِمَنْ أَنْتِ؟ قَالَتْ: لِلْخَلِيفَةِ الْمَظْلُومِ عُثْمَانَ بن عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ)). [طب، ((الضعيفة)) (5619)].
(Palsu) Daripada Aus bin Aus al-Thaqafi RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku sedang duduk, telah datang kepadaku Jibril AS lalu dia membawaku dan dia memasukkan aku ke dalam syurga Tuhanku. Maka ketika aku sedang duduk, diletakkan di tanganku epal lalu epal tersebut terbelah dua, keluar daripadanya hamba wanita dan aku tidak pernah melihat hamba wanita lebih indah berbanding keindahannya dan yang lebih cantik berbanding kecantikannya, dia bertasbih yang tidak pernah didengar oleh orang yang awal dan akhir seumpamanya. Aku bertanya: Siapakah hamba wanita ini? Jawabnya: Aku ialah bidadari syurga, Allah telah menciptakan aku daripada cahaya arasy-Nya. Aku bertanya: Untuk siapa kamu? Jawabnya: Untuk khalifah yang dizalimi iaitu 'Uthman bin 'Affan RA. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5619].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman