TEKS BAHASA ARAB
خلق الحور العين من تسبيح الملائكة، فليس فيهن أذى، وقال الله: {إنا أنشأناهن إنشاء (35) فجعلناهن أبكارا (36) عربا أترابا (37)} [الواقعة: 35 – 37] عواشق لأزواجهن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bidadari telah diciptakan melalui tasbih para malaikat, tidak ada keburukan pada mereka, sebagaimana firman Allah Ta’ala: {Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis yang perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya}. [Surah al-Waqi’ah ayat 35-37]. Mereka adalah bidadari-bidadari yang merindui pasangan-pasangan mereka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1469, hadis nombor 7481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((خلق الحور العين من تسبيح الملائكة، فليس فيهن أذى، وقال الله: {إنا أنشأناهن إنشاء (35) فجعلناهن أبكارا (36) عربا أترابا (37)} [الواقعة: 35 – 37] عواشق لأزواجهن)). [ فر، ((الضعيفة)) (3540)]
(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bidadari telah diciptakan melalui tasbih para malaikat, tidak ada keburukan pada mereka, sebagaimana firman Allah Ta’ala: {Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis yang perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya} [Surah al-Waqi’ah ayat 35-37]. Mereka adalah bidadari-bidadari yang merindui pasangan-pasangan mereka.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 3540]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.