Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bidadari syurga diciptakan daripada tasbih para malaikat

Teks Bahasa Arab

خلق الحور العين من تسبيح الملائكة، فليس فيهن أذى، وقال الله: {إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً (35) فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا (36) عُرُبًا أَتْرَابًا (37)} [الواقعة: 35 - 37] عواشق لأزواجهن.

Teks Bahasa Melayu

Bidadari telah diciptakan melalui tasbih para malaikat, tidak ada keburukan pada mereka, sebagaimana firman Allah Ta'ala: {Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis yang perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya}. [Surah al-Waqi'ah ayat 35-37]. Mereka adalah bidadari-bidadari yang merindui pasangan-pasangan mereka.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1469, hadis no. 7481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((خلق الحور العين من تسبيح الملائكة، فليس فيهن أذى، وقال الله: {إنا أنشأناهن إنشاء (35) فجعلناهن أبكارا (36) عربا أترابا (37)} [الواقعة: 35 - 37] عواشق لأزواجهن)). [ فر، ((الضعيفة)) (3540)]

(Lemah) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bidadari telah diciptakan melalui tasbih para malaikat, tidak ada keburukan pada mereka, sebagaimana firman Allah Ta'ala: {Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis yang perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya} [Surah al-Waqi'ah ayat 35-37]. Mereka adalah bidadari-bidadari yang merindui pasangan-pasangan mereka. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3540]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.