Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
- الحورُ العينُ خُلِقنَ منَ الزَّعفرانِ.
Teks Bahasa Melayu
Bidadari-bidadari syurga diciptakan dari Za’faran.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1837, hadis no. 9263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس –رضي الله عنه- مرفوعا: الحور العين خلقن من الزعفران. [ابن الأعرابي، أبو نعيم في (صفة الجنة)، خط، (الضعيفة) (3539)].
(Lemah) Daripada Anas RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Bidadari-bidadari syurga diciptakan dari Za’faran.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam Sifat al-Jannah dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3539].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman