TEKS BAHASA ARAB
عودوا قلوبكم الترقب، وأكثروا التفكر والاعتبار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Biasakanlah jiwa-jiwa kamu dengan berjaga-jaga, perbanyakkanlah bertafakkur dan mengambil iktibar.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis nombor 8744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الحكم بن عمير -رضي الله عنه- مرفوعا: ((عودوا قلوبكم الترقب، وأكثروا التفكر والاعتبار.)) [فر، ((الضعيفة)) (3922)].
(Sangat Lemah)
Daripada al-Hakam bin Umar RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Biasakanlah jiwa-jiwa kamu dengan berjaga-jaga, perbanyakkanlah bertafakkur dan mengambil iktibar.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3922].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.