Biarkanlah wanita kelaparan tanpa memudaratkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أجيعوا النساء جوعا غير مضر وأعروهن عريا غير مبرح لأنهن إذا سمن واكتسين فليس شيئا أحب إليهن من الخروج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Biarkanlah wanita kelaparan tanpa memudaratkannya dan jangan berikan mereka pakaian tanpa melukakan mereka. Ini kerana apabila mereka gemuk dan memakai pakaian tiada yang lebih mereka suka melainkan keluar dari rumah.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«أَجِيعُوا النِّسَاءَ جُوعًا غَيْرَ مُضِرٍّ وَأَعْرُوهُنَّ عُرْيًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ لأَنَّهُنَّ إِذا سمن واكتسين فَلَيْسَ شَيْئا أحب إلَيْهِنَّ من الْخُرُوج» إِلَخ. لَا يَصح.

“Biarkanlah wanita kelaparan tanpa memudaratkannya dan jangan berikan mereka pakaian tanpa melukakan mereka. Ini kerana apabila mereka gemuk dan memakai pakaian tiada yang lebih mereka suka melainkan keluar dari rumah…" hingga akhir hadith. Hadith ini tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.