Biarkan unta itu. Ia telah diperintahkan

TEKS BAHASA ARAB

قدم المدينة، فلما قدم المدينة، جاءت الأنصار برجالها ونسائها، فقالوا: إلينا يا رسول الله! فقال: دعوا الناقة؛ فإنها مأمورة، فبركت على باب أبي أيوب، قال: فخرجت جوار من بني النجار يضربن بالدفوف وهن يقلن: نحن جوار من بني النجار * * * يا حبذا محمد من جار فخرج إليهم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: أتحبوني؟ فقالوا: إي والله يا رسول الله! قال: أنا والله أحبكم، وأنا والله أحبكم، وأنا والله أحبكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Biarkan unta itu. Ia telah diperintahkan (untuk pergi ke mana yang ia suka). Lalu unta itu duduk di hadapan pintu rumah Abu Ayyub. Anas berkata: Lalu kejiranan Bani al-Najjar keluar sambil memukul gendang. Mereka berkata: Kami adalah jiran-jiran Bani al-Najjar. Marilah Muhammad berjiran dengan kami. Lalu Rasulullah SAW pergi kepada mereka dan bersabda: Adakah kalian mencintai aku? Mereka menjawab: Demi Allah kami mencintai kamu wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Demi Allah, aku juga mencintai kalian. Aku juga mencintai kalian, aku juga mencintai kalian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1947, hadis nombor 9751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام)
عن أنس قال: قدم النبي ﷺ المدينة، فلما قدم المدينة، جاءت الأنصار برجالها ونسائها، فقالوا: إلينا يا رسول الله فقال: دعوا الناقة؛ فإنها مأمورة، فبركت على باب أبي أيوب، قال: فخرجت جوار من بني النجار يضربن بالدفوف وهن يقلن: نحن جوار من بني النجار * * * يا حبَّذا محمدٌ من جارِ فخرجَ إليهم رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال: أَتحبُّوني؟ فقالوا: إِي واللهِ يا رسولَ اللهِ! قال: أنا واللهِ أُحبُّكم، وأنا واللهِ أُحبُّكم، وأنا واللهِ أُحبُّكم.
[البيهقي في ((الدلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (6508)]

(Munkar apabila disebutkan secara lengkap)
Daripada Anas, beliau berkata: Nabi menuju ke Madinah. Apabila Baginda tiba, orang Ansar datang membawa kaum lelaki dan wanita mereka. Mereka berkata: Marilah bertandang ke tempat kami wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Biarkan unta itu. Ia telah diperintahkan (untuk pergi ke mana yang ia suka). Lalu unta itu duduk di hadapan pintu rumah Abu Ayyub. Anas berkata: Lalu kejiranan Bani al-Najjar keluar sambil memukul gendang. Mereka berkata: Kami adalah jiran-jiran Bani al-Najjar. Alangkah baiknya Muhammad sebagai jiran. Lalu Rasulullah SAW pergi kepada mereka dan bersabda: Adakah kalian mencintai aku? Mereka menjawab: Demi Allah kami mencintai kamu wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Demi Allah, aku juga mencintai kalian. Aku juga mencintai kalian, aku juga mencintai kalian.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6508]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.