Biarkan saudaraku, wahai ‘Aishah. Dia adalah individu pertama memeluk Islam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة دعي أخي فإنه أول الناس إسلاما وآخر الناس لي عهدا عند الموت وأول الناس لي لقيا يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Biarkan saudaraku, wahai ‘Aishah. Dia adalah individu pertama memeluk Islam, individu terakhir bersamaku ketika aku wafat kelak, dan individu pertama yang aku akan temui pada hari Kiamat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1097-1098, hadis nombor 5568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ليلى الغفارية رضي الله عنها، قالت: كُنْتُ أَخْرُجُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَغَازِيهِ فَأُدَاوِي الْجَرْحَى وَأَقُومُ عَلَى الْمَرْضَى فَلَمَّا خَرَجَ عَلِيٌّ إِلَى الْبَصْرَةِ خَرَجْتُ مَعَهُ فَلَمَّا رَأَيْتُ عَائِشَةَ وَاقِفَةً دَخَلَنِي شَيْءٌ مِنَ الشَّكِّ فَأَتَيْتُهَا فَقُلْتُ: هَلْ سَمِعْتِ مِنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضِيلَةً فِي عَلِيٍّ؟ فَقَالَتْ: نَعَمْ. دَخَلَ عَلِيٌّ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مَعَ عَائِشَةَ، وَهُوَ عَلَى فُرَيْشٍ وَعَلَيْهِ جُرْدٌ قَطِيفَةً فَجَلَسَ بَيْنَهُمَا فَقَالَتْ لَهُ عَائِشَةُ: أَمَا وَجَدْتَ مَكَانًا هُوَ أَوْسَعُ لَكَ مِنْ هَذَا؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا عَائِشَةُ دَعِي أَخِي فَإِنَّهُ أَوَّلُ النَّاسِ إِسْلَامًا وَآخَرُ النَّاسِ لِي عَهْدًا عِنْدَ الْمَوْتٍ وَأَوَّلُ النَّاسِ لِي لُقْيًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ. [عق، ابن الجوزي في العلل، الضعيفة (6433)].

(Batil) Daripada Laila al-Ghifariyyah RA, beliau menceritakan: Aku menyertai Rasulullah dalam beberapa siri peperangan Baginda, tugasku merawat orang-orang yang terluka dan menjaga orang-orang sakit. Apabila ‘Ali berpindah ke Basrah, aku turut menyertai beliau. Apabila aku mendapati ‘Aishah berpendirian berbeza, aku mula merasakan sangsi dan bertanya ‘A’ishah, Adakah kamu pernah mendengar Rasulullah SAW menyebut kelebihan ‘Ali? Beliau menjawab: Ya. ‘Ali pernah bertemu Rasulullah SAW ketika aku ada bersama Baginda. Ketika itu Baginda berada atas karpet kecil, dan Baginda sedang menyarungkan selimut lusuh. Lalu ‘Ali duduk antara keduanya. Aku berkata kepada ‘Ali: Adakah tiada tempat lain kamu mahu duduk? Lalu Nabi SAW berkata: Biarkan saudaraku, wahai ‘Aishah. Dia adalah individu pertama memeluk Islam, individu terakhir bersamaku ketika aku wafat kelak, dan individu pertama yang aku akan temui pada hari Kiamat. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘ilal. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6433]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.