Biarkan para sahabat dan menantuku

TEKS BAHASA ARAB

دعوا لي أصحابي وأصهاري لا تؤذوني فيهم، فمن آذاني فقد آذى الله، ومن آذى الله تخلى الله منه، ومن تخلى الله منه أوشك أن يأخذه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Biarkan para sahabat dan menantuku. Usahlah sakitiku dengan menyakiti mereka. Sesiapa yang menyakitiku maka mereka menyakiti Allah. Sesiapa yang menyakiti Allah, Dia akan membiarkan hamba itu. Jika itu terjadi, semakin hampir Dia akan mengambil (nyawa) hamba-Nya itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1838, hadis nombor 9266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: دعوا لي أصحابي وأصهاري لا تؤذوني فيهم، فمن آذاني فقد آذى الله، ومن آذى الله تخلى الله منه، ومن تخلى الله منه أوشك أن يأخذه. [أبو نعيم في (أخبار أصبهان)، (الضعيفة) (3601)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Biarkan para sahabat dan menantuku. Usahlah sakitiku dengan menyakiti mereka. Sesiapa yang menyakitiku maka mereka menyakiti Allah. Sesiapa yang menyakiti Allah, Dia akan membiarkan hamba itu. Jika itu terjadi, semakin hampir Dia akan mengambil (nyawa) hamba-Nya itu.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3601]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs