Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دَعْهُنَّ يَا عُمَرُ؛ فَإِنَّ الْعَيْنَ دَامِعَةٌ، وَالْفُؤَادَ مُصَابٌ، وَالْعَهْدُ قَرِيبٌ.
Teks Bahasa Melayu
Biarkan mereka wahai Umar! Kerana mata boleh menangisi, jiwa boleh bersedih dan tempoh kematian masih dekat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1738-1739, hadis no. 8750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Muhammad bin ‘Amr bin ‘Atha’: “Dia duduk di sebuah pasar bersama Ibn ‘Umar dan bersamanya Salamah bin al-Azraq yang berada di sebelahnya. Tiba-tiba ada rombongan jenazah yang diiringi tangisan. Abdullah bin ‘Umar pun berkata: "Seandainya keluarga si mati ini tidak menangis, itu lebih baik buat si mati." Lalu Salamah bin al-Azraq berkata: "Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Adakah benar kamu mengatakan sedemikian?" Dia menjawab: "Benar, aku mengatakan sedemikian." Salamah berkata lagi: Sesungguhnya aku pernah mendengar Abu Hurairah berkata ketika seseorang daripada anggota keluarga Marwan meninggal dunia dan para wanita berkumpul dan menangisinya. Marwan berkata: Bangunlah wahai Abdul Malik, laranglah mereka daripada menangis. Abu Hurairah berkata: Biarkanlah mereka wahai Abdul Malik kerana dahulu ada salah seorang ahli keluarga Nabi SAW meninggal dunia, lalu para wanita berkumpul dan menangisinya. Umar bin al-Khattab pun bangkit dan melarang mereka menangisinya. Maka Rasulullah SAW berkata: ((Biarkan mereka wahai Umar! Kerana mata boleh menangisi, jiwa boleh bersedih dan tempoh kematian masih dekat.)) Ibn ‘Umar berkata: "Apa benar kamu mendengar hadith ini daripada Abu Hurairah?". Dia berkata (Salamah): "Ya". Ibn ‘Umar bertanya lagi: "Dia meriwayatkannya daripada Rasulullah SAW?" Jawab Salamah: "Ya". Dia berkata:"Maka Allah dan rasul-Nya jua lah yang lebih mengetahui." [Riwayat al-Nasa’ie dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah dalam hadith Ali bin Hujr, Ibn Hibban dalam Sahihnya dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3603].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman