Biarkan mereka, mereka (wanita) lebih baik daripada kalian

TEKS BAHASA ARAB

دعوهن فإنهن خير منكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Biarkan mereka, mereka (wanita) lebih baik daripada kalian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1059, hadis nombor 5412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: لما مرض النبي صلى الله عليه وسلم – قال: ادعوا لي بصحيفة ودواة أكتب لكم كتابًا لا تضلون بعدي أبدًا. فكرهنا ذلك أشد الكراهة. ثم قال: ادعوا لي بصحيفة أكتب لكم كتابًا لا تضلون بعده أبدًا. فقالت النسوة من وراء الستر: ألا يسمعون ما يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقلت: إنكن صواحبات يوسف إذا مرض رسول الله صلى الله عليه وسلم عصرتن أعينكن. وإذا صح ركبتن رقبته. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: دعوهن فإنهن خير منكم. [طس، الضعيفة 4971]

(Munkar) Daripada ‘Umar bin al-Khattab ra, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW sedang sakit, Baginda bersabda: Bawakan kepada saya sehelai kertas dan sebatang pena untuk saya tulis sebuah surat agar kamu semua tidak tersesat selepas kematian saya. Namun kami sangat tidak menyenangi perkara tersebut. Baginda mengulangi lagi permintaan Baginda: Bawakan kepada saya sehelai kertas dan sebatang pena untuk saya tulis sebuah surat agar kamu semua tidak tersesat selepas kematian saya selama-lamanya. Kaum wanita di sebalik tirai berkata: Kamu semua tidak dengarkah permintaan Rasulullah SAW? Saya menjawab: Kalian ini seperti saudara-saudara Yusuf. Apabila Rasulullah SAW sakit, kalian pura-pura menangis. Apabila Baginda sihat, kalian tunggang Baginda pula. Rasulullah segera menempelak: Biarkan mereka, mereka (wanita) lebih baik daripada kalian. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4971)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs