Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دَعُوهُنَّ فإنهن خيرٌ منكم.
Teks Bahasa Melayu
Biarkan mereka, mereka (wanita) lebih baik daripada kalian.
Sahabat Perawi
- ‘Umar bin al-Khattab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1059, hadis no. 5412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: لما مرض النبي صلى الله عليه وسلم - قال: ادعوا لي بصحيفة ودواة أكتب لكم كتابًا لا تضلون بعدي أبدًا. فكرهنا ذلك أشد الكراهة. ثم قال: ادعوا لي بصحيفة أكتب لكم كتابًا لا تضلون بعده أبدًا. فقالت النسوة من وراء الستر: ألا يسمعون ما يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقلت: إنكن صواحبات يوسف إذا مرض رسول الله صلى الله عليه وسلم عصرتن أعينكن. وإذا صح ركبتن رقبته. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: دعوهن فإنهن خير منكم. [طس، الضعيفة 4971]
(Munkar) Daripada ‘Umar bin al-Khattab ra, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW sedang sakit, Baginda bersabda: Bawakan kepada saya sehelai kertas dan sebatang pena untuk saya tulis sebuah surat agar kamu semua tidak tersesat selepas kematian saya. Namun kami sangat tidak menyenangi perkara tersebut. Baginda mengulangi lagi permintaan Baginda: Bawakan kepada saya sehelai kertas dan sebatang pena untuk saya tulis sebuah surat agar kamu semua tidak tersesat selepas kematian saya selama-lamanya. Kaum wanita di sebalik tirai berkata: Kamu semua tidak dengarkah permintaan Rasulullah SAW? Saya menjawab: Kalian ini seperti saudara-saudara Yusuf. Apabila Rasulullah SAW sakit, kalian pura-pura menangis. Apabila Baginda sihat, kalian tunggang Baginda pula. Rasulullah segera menempelak: Biarkan mereka, mereka (wanita) lebih baik daripada kalian. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4971)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman