Biarkan dia (orang sakit) merintih

TEKS BAHASA ARAB

دعوه يئن فإن الأنين اسم من أسماء الله تعالى يستريح إليه العليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Biarkan dia (orang sakit) merintih, kerana sesungguhnya al-Anin merupakan salah satu nama Allah Ta'ala, orang yang sakit merasa tenang dengan nama tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 36, hadis nombor 181. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Dailami turut mengeluarkannya melalui sanad al-Tabarani, dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Ayyub bin Suwaid al-Ramli. Beliau di dakwa melakukan pemalsuan hadith. Saya memiliki satu tulisan kecil yang menjelaskan kepalsuannya secara khusus.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon