Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دَعُوهُ يَئِنُّ فإِنَّ الأَنِينَ اسْمٌ مِنْ أسْماءِ الله تَعَالَى يَسْتَرِيحُ إلَيْهِ العَلِيلُ.
Teks Bahasa Melayu
Biarkan dia (orang sakit) merintih, kerana sesungguhnya al-Anin merupakan salah satu nama Allah Ta'ala, orang yang sakit merasa tenang dengan nama tersebut.
Sahabat Perawi
- 'Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 36, hadis no. 181. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
al-Dailami turut mengeluarkannya melalui sanad al-Tabarani, dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Ayyub bin Suwaid al-Ramli. Beliau di dakwa melakukan pemalsuan hadith. Saya memiliki satu tulisan kecil yang menjelaskan kepalsuannya secara khusus.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman