Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Biarkan aku (menguruskan) terhadap orang-orang Sudan

Teks Bahasa Arab

دَعْونِي مِنَ السُّودَانِ فإنَّما الأَسْوَدُ لِبَطْنِهِ وَفَرْجِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Biarkan aku (menguruskan) terhadap orang-orang Sudan, kerana orang berkulit hitam mementingkan perut dan kemaluannya.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 36, hadis no. 179. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia palsu, sebagaimana disebutkan oleh Ibn al-Jawzi dan telah disebutkan pada lafaz إنما.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.