Biarkan Ṣafwān, sesungguhnya buruk lidahnya, namun baik hati.

TEKS BAHASA ARAB

شكى رجل صفوان بن المعطل إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: يا رسول الله إن صفوان هجاني، قال: وكان يقول الشعر فقال: ((دعوا صفوان؛ فإن صفوان خبيث اللسان طيب القلب)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Biarkan Ṣafwān, sesungguhnya buruk lidahnya, namun baik hati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 64, hadis nombor 286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد – رضي الله عنه -، قال: شكى رجل صفوان بن المعطل إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: يا رسول الله إن صفوان هجاني، قال: وكان يقول الشعر فقال: ((دعوا صفوان؛ فإن صفوان خبيث اللسان طيب القلب)). [الشاشي، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (3600)].

(Lemah)
Daripada Sa‘d RA beliau berkata: Seorang lelaki mengadu tentang Safwān ibn al-Mu‘aṭṭal kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata:“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ṣafwān telah mencelaku. Dia menyebutkan syair".
Baginda SAW telah bersabda: ((Biarkan Ṣafwān, sesungguhnya buruk lidahnya, namun baik hati.))
[Riwayat al-Haytham ibn Kulayb al-Shāshī dalam Musnadnya, al-Khaṭīb dalam al-Muwaḍḍhiḥ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3600].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.