Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Besarnya kelebihan bersedekah

Teks Bahasa Arab

تَعَبَّدَ عابدٌ مِن بَني إسرائيلَ، فعَبَدَ اللهَ في صَومَعتِه سِتِّين عامًا، فأَمطَرَتِ الأرضُ، فاخضَرَّتْ، فأَشرَفَ الرَّاهبُ مِن صَومَعتِه، فقال: لو نَزَلْتُ فذَكَرْتُ اللهَ فازْدَدْتُ خَيرًا، فنَزَلَ ومعه رَغيفٌ أو رَغيفانِ، فبيْنما هو في الأرضِ لَقِيَتْهُ امرأةٌ، فلمْ يَزَلْ يُكلِّمُها وتُكلِّمُه حتَّى غَشيَها، ثمَّ أُغميَ عليه، فنَزَلَ الغَديرَ يَستَحِمُّ، فجاءَهُ سائلٌ، فأَومَى إليه أنْ يَأخُذَ الرَّغيفَينِ أوِ الرَّغيفَ، ثمَّ ماتَ، فوُزِنَتْ عِبادةُ سِتِّينَ سَنَةً بتِلكَ الزَّنيةِ، فرَجَحَتِ الزَّنيةُ بحسناتِه، ثمَّ وُضِعَ الرَّغيفُ أوِ الرَّغيفانِ مع حسناتِه، فرَجَحَتْ حسناتُه، فغُفِرَ له.

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki abid dari kalangan Bani Israil menyembah Allah SWT sekian lama, dia beribadah di dalam menaranya selama 60 tahun. Suatu hari, hujan telah turun membasahi bumi, lalu bumi menjadi hijau (subur), Lalu dia berkata sendiri: Sekiranya aku turun lalu aku mengingati Allah maka akan ditambah kebaikan. Lalu dia turun dan dibawa bersamanya sekeping atau dua keping roti. Apabila dia sampai di bawah, dia telah terserempak dengan seorang wanita, mereka saling berbual sehingga akhirnya membawa kepada perzinaan. Kemudian dia tidak sedar. Setelah itu, dia turun kolam untuk mandi. Kemudian datang orang meminta sedekah dan dia menunjukkan kepadanya agar mengambil dua keping atau sekeping rotinya. Tidak lama kemudian, dia meninggal. Ditimbang ibadahnya selama 60 tahun dengan perzinaannya itu, dan didapati dosa perzinaannya lebih berat berbanding kebaikannya. Lalu diletakkan sekeping atau dua keping roti yang disedekahkan itu bersama kebaikan-kebaikannya, maka bertambahlah berat timbangan amal kebaikannya. Dengan sebab itu, dia diampunkan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Dzar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1585, hadis no. 8014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي ذر- رضي الله عنه قال: رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((تعبد عابد من بني إسرائيل، فعبد الله في صومعته ستين عاما، فأمطرت الأرض، فاخضرت، فأشرف الراهب من صومعته، فقال: لو نزلت فذكرت الله، فازددت خيرا، فنزل ومعه رغيف أو رغيفان، فبينما هو في الأرض، لقيته امرأة، فلم يزل يكلمها وتكلمه، حتى غشيها، ثم أغمي عليه، فنزل الغدير يستحم، فجاءه سائل، فأومأ إليه أن يأخذ الرغيفين، أو الرغيف، ثم مات، فوزنت عبادة ستين سنة بتلك الزنية، فرجحت الزنية بحسناته، ثم وضع الرغيف أو الرغيفان مع حسناته، فرجحت حسناته فغفر له)). [حب، ((الضعيفة)) (6785)].

(Sangat Munkar) Daripada Abi Dzar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Seorang lelaki abid dari kalangan Bani Israil menyembah Allah SWT sekian lama, dia beribadah di dalam menaranya selama 60 tahun. Suatu hari, hujan telah turun membasahi bumi, lalu bumi menjadi hijau (subur), Lalu dia berkata sendiri: Sekiranya aku turun lalu aku mengingati Allah maka akan ditambah kebaikan. Lalu dia turun dan dibawa bersamanya sekeping atau dua keping roti. Apabila dia sampai di bawah, dia telah terserempak dengan seorang wanita, mereka saling berbual sehingga akhirnya membawa kepada perzinaan. Kemudian dia tidak sedar. Setelah itu, dia turun kolam untuk mandi. Kemudian datang orang meminta sedekah dan dia menunjukkan kepadanya agar mengambil dua keping atau sekeping rotinya. Tidak lama kemudian, dia meninggal. Ditimbang ibadahnya selama 60 tahun dengan perzinaannya itu, dan didapati dosa perzinaannya lebih berat berbanding kebaikannya. Lalu diletakkan sekeping atau dua keping roti yang disedekahkan itu bersama kebaikan-kebaikannya, maka bertambahlah berat timbangan amal kebaikannya. Dengan sebab itu, dia diampunkan.)) [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6875].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.