Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اُذكروا اللهَ ذِكْرًا خامِلًا، فقيل: وما الذِّكْرُ الخامِلُ، قال: الذِّكْرُ الخَفِيُّ.
Teks Bahasa Melayu
Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang khamil (tidak terkenal). Lalu ditanya kepada baginda: Apakah zikir khamil itu? Baginda menjawab: Zikir secara sembunyi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1439, hadis no. 7314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ضمرة بن حبيب، قال: قال رسول الله ﷺ: اذكروا الله ذكرا خاملا، فقيل: وما الذكر الخامل؟ قال: الذكر الخفي. [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (2722)].
(Lemah) Daripada Ḍamrah bin Ḥabīb, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang khamil (tidak terkenal). Lalu ditanya kepada baginda: Apakah zikir khamil itu? Baginda menjawab: Zikir secara sembunyi. [Riwayat Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2722].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman