Berwudhu daripada buang air kecil, sekali; buang air besar, dua kali dan mandi junub, tiga kali

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "الوضوء من البول مرة ومن الغائط مرتين ومن الجنابة ثلاثا".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Berwudhu daripada buang air kecil, sekali; buang air besar, dua kali dan mandi junub, tiga kali”.


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 14, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في التذكرة: فيه منكر.

Ibn Tahir berkata di dalam kitabnya al-Tazkirah: Di dalamnya terdapat perawi yang munkar (terlalu dhaif).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs