Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berwudhu daripada buang air kecil, sekali; buang air besar, dua kali dan mandi junub, tiga kali

Teks Bahasa Arab

حديث: "الوضوء من البول مرة ومن الغائط مرتين ومن الجنابة ثلاثا".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Berwudhu daripada buang air kecil, sekali; buang air besar, dua kali dan mandi junub, tiga kali”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 14, hadis no. 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في التذكرة: فيه منكر.

Ibn Tahir berkata di dalam kitabnya al-Tazkirah: Di dalamnya terdapat perawi yang munkar (terlalu dhaif).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.