Berwaspadalah terhadap nafsu syahwat yang tersembunyi

TEKS BAHASA ARAB

احذروا الشهوة الخفية: الرجل يتعلم العلم يحب أن يجلس إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berwaspadalah terhadap nafsu syahwat yang tersembunyi iaitu seseorang itu mempelajari ilmu dengan tujuan dia mahu orang akan duduk belajar dengannya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis nombor 6345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: احذروا الشهوة الخفية: الرجل يتعلم العلم يحب أن يجلس إليه.
[فر، ((الضعيفة)) (2001)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berwaspadalah terhadap nafsu syahwat yang tersembunyi iaitu seseorang itu mempelajari ilmu dengan tujuan dia mahu orang akan duduk belajar dengannya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2001]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs