Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
احذَرُوا الشهوةَ الخَفِيَّةَ: الرجلُ يتعلمُ العلمَ يُحِبُّ أن يُجْلَسَ إليه.
Teks Bahasa Melayu
Berwaspadalah terhadap nafsu syahwat yang tersembunyi iaitu seseorang itu mempelajari ilmu dengan tujuan dia mahu orang akan duduk belajar dengannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis no. 6345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: احذروا الشهوة الخفية: الرجل يتعلم العلم يحب أن يجلس إليه. [فر، ((الضعيفة)) (2001)]
(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Berwaspadalah terhadap nafsu syahwat yang tersembunyi iaitu seseorang itu mempelajari ilmu dengan tujuan dia mahu orang akan duduk belajar dengannya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2001]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman