Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berwaspadalah terhadap kesalahan orang alim

Teks Bahasa Arab

‌اتَّقُوا ‌زلَّةَ ‌العَالِمِ ‌وانْتَظِرُوا ‌فَيْئَتَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Berwaspadalah terhadap kesalahan orang alim (supaya jangan ikutinya) dan tunggulah taubatnya.

Sahabat Perawi

  1. Kathir bin 'Abdillah bin 'Amr bin 'Awf daripada ayahnya daripada datuknya

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 8, hadis no. 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia palsu, perawi yang meriwayatkan daripada Kathir adalah seorang kaki dusta.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.