Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berwaspadalah terhadap batu yang haram dalam binaan

Teks Bahasa Arab

‌إتَّقُوا ‌الحَجَرَ ‌الحَرَامَ ‌فِي ‌البُنْيانِ فإنَّهُ أساسُ الخَرَابِ.

Teks Bahasa Melayu

Berwaspadalah terhadap batu yang haram dalam binaan, kerana sesungguhnya ia adalah asas kepada kebinasaan.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 8, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia juga telah dikeluarkan oleh Abu Nu'aim dalam Tarikh Asbahan dan dikeluarkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws melalui sanad Abu Nu'aim. Ibn al-Jawzi berkata: "Tidak sahih". Saya pula berkata: Ia palsu.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.