Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Berwaspadalah terhadap (bahaya) manusia

Teks Bahasa Arab

اِحْتَرَسُوْا مِنَ النَّاسِ بِسُوءِ الظَّنِّ.

Teks Bahasa Melayu

Berwaspadalah terhadap (bahaya) manusia dengan cara bersangka buruk.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 9, hadis no. 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Asal kata-kata ini ia adalah mawquf (disandarkan kepada sahabat) atau maqtu' (disandarkan kepada tabiin). Al-Khattabi telah mengeluarkan dalam kitab al-'Uzlah daripada 'Umar bin al-Khattab daripada kata-kata beliau. Ibn Sa'd pula meriwayatkannya dalam al-Tabaqat daripada al-Hasan, juga daripada kata-kata beliau. Lalu, perawi-perawi daif pun mengambil kata-kata tersebut dan menyebutkannya secara marfu' [disandarkan] kepada Nabi SAW.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.